Tuesday, January 11, 2011

“Giveaway 2010 dari TiniHani.com”

It's started! Penyakit masuk online contest...

Saya masih baru dalam aktiviti blog mem-blog ni. Start buat blog ni pun sebab senang nak follow blog orang lain untuk saya belajar menjahit (sejak ada anak dara ni makin menggediks nak menjahit untuk dia). Dari jahit baju anak boleh melencong konon2 nak buat craft (walaupun sedar diri ini takde la lembut tangan) yang end up dengan bahan2 tu dah beli dok dalam plastik asal dari kedai yang menjualnya... lama2 terperuk la kat bilik jahit / arts n craft / computer / simpan barang..... Anyway, dulu sorang kawan nih dok cerita la dia masuk giveaway itu ini, hmmm masa tu dengar je la. Sebab blog pun tarak. Sekali tu dalam mencari2 cara untuk menjahit apa ntah tejumpa plak tutorial nak buat apa ntah (tak ingat dah) pastu teruja terus la buat blog sebab nak follow tutorials dia (dia buat bersiri)..... Beberapa minggu lepas tengok ada giveaway, terus nak cuba nasib... Tapi tak berjaya... Tadi tengok ada lagi satu giveaway dari TiniHani... Alamak, bestnya! Nak jugak satu felt T untuk anak bujangku (kesian dia, asyik adik je dapat baju, walaupun bajunya pattern itu aje tak tukar2)...

So here it is, my entry untuk Giveaway 2010 dari TiniHani.com... Mencuba nasib, harap2 ada nasib boleh menang t-shirt. Di bawah adalah gambar yang kena copy kat entry... Nice, huh? Betapa ketinggalannya diri ini, baru tahu ada felt t-shirt pagi tadi... Kalau kita kreatif n rajin, macam2 boleh jadi kan?... Tapi, tengok je la blogku ini dah tahu empunya diri kreatif takat mana, hehehehehe.... tapi takpe, tu belajar perlahan-lahan... One of the things kena masuk To Do Checklist for 2011 kasi blog ni cantik sket... Jangan harapkan gambar kat post aje untuk kasi meriah suasana di jalan raya.... Kepada sifu blogku, cik pertmuffin, terima kasih sebab bersabar dengan panggilan SOSku tatkala nak buat posts, hehehehe.... Sekarang kemaruk nak masukkan link (takut telupa, karang pertmuffin kena ganggu lagi, hehehehe)... Sempat lagi tu nak iklan orang lain.... hahahaha...

Eh eh jauh peginya.... ok, back to the giveaway, ini adalah gambar yang dimaksudkan.... jeng jeng jeng....


Dalam syarat2 tu kata kena bagitau kenapa nak menang hadiah... Sebab utama nak t-shirt yang cantik ini untuk anak bujangku. Ayik adik dia je yang mummy dok jahitkan baju. Mana taknya, mak dia tau jahit lurus aje (shirring la tuh, tu pun bising tanya sana sini kenapa tak jadi2 jugak kegediksan walaupun dah ikut kat semua blog yang ada tutorial untuk buat shirring, rupanya salah sendiri daaaaa.... hahahaha... nak tau tu nanti post lain la kita cerita....)... Mesti anak bujangku seronok dapat t-shirt yang ada nama dia sendiri... Sebab kedua seronok oi bila menang something. Selalu diri ini memang tak bernasib baik (Boleh kata hampir setiap kali la tuh!) kalau masuk apa2... Lagi2 kalau ada cabutan bertuah, dapat hadiah kalau cabutan bertuah tu cabutan bertuah kesian (semua orang dapat hadiah, so confirm dapat jugak!). Tapi Tahun 2009 punya family day seronok! First time ever menang macam2 hadiah, macam tak sangka... Rezeki anak kot, sebab time tu mengandungkan anak dara gediks tuh... Emmmm jauh menyimpang plak ek? Tapi syarat tak kata takleh menyimpang kan? hehehehe......

Ok, seterusnya kalau menang t-shirt nak jahit apa? Hmmmmm jahit nama anak bujangku 'RIDZUAN'... gambar plak nak gambar kereta atau keretapi sebab dia suka benda2 tu... Keretapi yang dia paling suka Thomas. Hari2 tengok takpe, sanggup tak tidur malam... Malam cuti takpe lah, kasi chan, tapi kalau bukan malam cuti sorry yea... sila tidur wahai anak...

Apa lagi? Mari kita tengok checklist yea....
  • Buat entry dengan tajuk “Giveaway 2010 dari TiniHani.com” -- DONE!
  • Copy gambar di atas untuk dimasukkan dalam entry anda tu eh… -- DONE!
  • Tulis kenapa anda ingin menangi hadiah dari TiniHani.com? -- DONE!
  • Kalau menang tshirt nak jahit : -- DONE!
    • Nama: ————
    • Gambar: ————
  • Like Kedai JahitKu.com di Facebook -- DONE!
  • Tinggalkan link anda di ruangan komen di bawah -- DONE!
  • Pemenang dikira berdasarkan cabutan bertuah la ya dan akan dipilih melalui random.org
Memandangkan semunya dah DONE! bolehlah click PUBLISH POST... Wahai cik random.org, harap2 today is my lucky day la yea.... hehehehehe...

Kalau tak lucky pun, I had fun...

Kepada tuan rumah giveaway, terima kasih sebab sudi buat giveaway and sudi mudi mempublishkan tutorial2 untuk sama2 orang macam saya yang baru melibatkan diri melembutkan tangan menjahit dan membuat kraftangan belajar itu ini.....

No comments: