Saya masih baru dalam aktiviti blog mem-blog ni. Start buat blog ni pun sebab senang nak follow blog orang lain untuk saya belajar menjahit (sejak ada anak dara ni makin menggediks nak menjahit untuk dia). Dari jahit baju anak boleh melencong konon2 nak buat craft (walaupun sedar diri ini takde la lembut tangan) yang end up dengan bahan2 tu dah beli dok dalam plastik asal dari kedai yang menjualnya... lama2 terperuk la kat bilik jahit / arts n craft / computer / simpan barang..... Anyway, dulu sorang kawan nih dok cerita la dia masuk giveaway itu ini, hmmm masa tu dengar je la. Sebab blog pun tarak. Sekali tu dalam mencari2 cara untuk menjahit apa ntah tejumpa plak tutorial nak buat apa ntah (tak ingat dah) pastu teruja terus la buat blog sebab nak follow tutorials dia (dia buat bersiri)..... Beberapa minggu lepas tengok ada giveaway, terus nak cuba nasib... Tapi tak berjaya... Tadi tengok ada lagi satu giveaway dari TiniHani... Alamak, bestnya! Nak jugak satu felt T untuk anak bujangku (kesian dia, asyik adik je dapat baju, walaupun bajunya pattern itu aje tak tukar2)...
So here it is, my entry untuk Giveaway 2010 dari TiniHani.com... Mencuba nasib, harap2 ada nasib boleh menang t-shirt. Di bawah adalah gambar yang kena copy kat entry... Nice, huh? Betapa ketinggalannya diri ini, baru tahu ada felt t-shirt pagi tadi... Kalau kita kreatif n rajin, macam2 boleh jadi kan?... Tapi, tengok je la blogku ini dah tahu empunya diri kreatif takat mana, hehehehehe.... tapi takpe, tu belajar perlahan-lahan... One of the things kena masuk To Do Checklist for 2011 kasi blog ni cantik sket... Jangan harapkan gambar kat post aje untuk kasi meriah suasana di jalan raya.... Kepada sifu blogku, cik pertmuffin, terima kasih sebab bersabar dengan panggilan SOSku tatkala nak buat posts, hehehehe.... Sekarang kemaruk nak masukkan link (takut telupa, karang pertmuffin kena ganggu lagi, hehehehe)... Sempat lagi tu nak iklan orang lain.... hahahaha...
Eh eh jauh peginya.... ok, back to the giveaway, ini adalah gambar yang dimaksudkan.... jeng jeng jeng....

Ok, seterusnya kalau menang t-shirt nak jahit apa? Hmmmmm jahit nama anak bujangku 'RIDZUAN'... gambar plak nak gambar kereta atau keretapi sebab dia suka benda2 tu... Keretapi yang dia paling suka Thomas. Hari2 tengok takpe, sanggup tak tidur malam... Malam cuti takpe lah, kasi chan, tapi kalau bukan malam cuti sorry yea... sila tidur wahai anak...
Apa lagi? Mari kita tengok checklist yea....
- Buat entry dengan tajuk “Giveaway 2010 dari TiniHani.com” -- DONE!
- Copy gambar di atas untuk dimasukkan dalam entry anda tu eh… -- DONE!
- Tulis kenapa anda ingin menangi hadiah dari TiniHani.com? -- DONE!
- Kalau menang tshirt nak jahit : -- DONE!
- Nama: ————
- Gambar: ————
- Like Kedai JahitKu.com di Facebook -- DONE!
- Tinggalkan link anda di ruangan komen di bawah -- DONE!
- Pemenang dikira berdasarkan cabutan bertuah la ya dan akan dipilih melalui random.org
Kalau tak lucky pun, I had fun...
Kepada tuan rumah giveaway, terima kasih sebab sudi buat giveaway and sudi mudi mempublishkan tutorial2 untuk sama2 orang macam saya yang baru melibatkan diri melembutkan tangan menjahit dan membuat kraftangan belajar itu ini.....
No comments:
Post a Comment